Dia dan Guitar Kapok

February 28, 2009

dia dan gitarpenyanyi kaki lima

Sekadar suka2, minat, terpaksa atau sememangnya sumber pencarian. Dia menghiburkan sesiapa saja dengan bermain gitar kapoknya dan dengan suaranya yang serak2 basah tapi sedap. Jika dibandingkan dengan beberapa artis di Malaysia, suara dia di kaki lima ini lebih jauh baik dan sedap. Seawal pagi dia memetik gitar di kaki lima di pintu kedai makan sambil yang lainnya asyik dengan sarapan yang terhidang. Kalau sekadar suka2 aku rasa dia tak akan bangun seawal pagi untuk memetik gitar di kaki lima. Kalau terpaksa masakan begitu lunak nyanyian dia. Aku rasa itulah sumber pendapatannya.

Jika kalian berkesempatan ke Padang, Indonesia kalian pasti dapat meihat di mana2 saja di jalanan pasti ada dia dengan gitar kapok dan uncang di hujung gitar menghiburkan entah sesiapa saja. Di persimpangan berlampu trafik juga ada dia dan gitarnya menghampiri kenderaan anda sambil menyanyikan lagu yang hampir semuanya indah.

Antara terhibur dan kasihan, pasti ada yang menyelok poket mencari kertas berjenama rupiah lalu menghulur kepada dia sebaik saja lagu yang dinyanyikan si dia senyap dan uncang di hulur. Termasuklah aku. Dia dan gitar kapuknya terima berapa saja yang diberi dan berlalu pergi. Mungkin destinasi dia seterusnya adalah kaki lima di seberang sana.

Aku terhibur dan amat menghormati dia dan gitar kapuknya. Aku dengan ikhlas mencadangkan kepada Kepala Dinas Pariswata dan Kebudayaan Kota Padang untuk menganjurkan persembahan khas dari ‘dia dan gitar kapuk’ di pentas di hadapan lautan hindi berhampiran pejabat Parisawata dan kebudayaan Kota padang. Kepala Dinas tersenyum dan mengangguk mendengar idea aku.  :)

- Syafirol Hafiz Arsad


Dari Bumi Minangkabau

February 26, 2009

anak minangdogskidsmasjidpadang tv

4 Hari 3 Malam berada di Padang, Sumatera Indonesia memberi banyak ilmu dan ilham kepada saya. Terima kasih yang teramat sangat kepada Kepala Dinas Pariswata dan Kebudayaan (di Malaysia kira macam ketua/menteri kementerian pelancongan) Kota Padang kerana menjadikan saya dan teman sebagai tetamu kerajaan negeri.

Kunjungan kali ini lebih kepada melihat sesuatu peluang baru dan perbincangan kerjasama dengan pelancongan dan kebudayaan di sana dan beberapa peluang lain. InsyaAllah mungkin ada pelanggan saya yg bertuah akan mendapat pakej berbulan madu di salah sebuah pulau di sana.

InsyaAllah jika diizinkan Allah dan berjalan dengan lancar saya akan ceritakan peluang yg saya maksudkan di atas kepada umum.

Saya akan  ke bumi minangkabau semula selama 1 ke 2 minggu untuk mengambil gambar ke semua destinasi pelancongan dan aktiviti harian serta kebudayaan di sana. Siapa berminat untuk membantu saya boleh email terus kepada saya. Mungkin saya perlukan 2 orang jurugambar lagi. Kenderaan, jurupandu, penginapan semua disediakan oleh kerajaan Kota Padang, insyaAllah.


Slideshow

February 18, 2009

Dah lama juga saya merancang nak selitkan slideshow ke dalam blog ni, tapi apakan daya blog yang menggunakan hosting wordpress.com tak support embed code dalam kata yang lebih mudah, x bolehla. Kalau anda guna blogspot atau mempunyai domain sendiri boleh la cuba masukkan soundslide ke dalam blog. InsyaAllah saya akan beli domain dan hosting dalam beberapa bulan lagi.

Apa kelebihan slideshow ? Slideshow akan lebih memberi kesan kepada org yang melihatnya berbanding gambar statik. Lebih meninggalkan kesan jika disertakan dengan lagu latar yang bersesuaian. Transition juga penting. Susunan gambar juga perlu mempunyai jalan cerita dan lebih menarik jika selari dengan irama lagu.

Saya cuba buat satu slideshow menggunakan perisian soundslides . Anda boleh cuba sendiri. Mudah sgt. Klik dan klik saja.

Di bawah adalah contoh hasil yang saya buat, klik pada gambar untuk melihat slideshow:

maria slide


Disebalik gambar

February 16, 2009

Siapakah yang akan tersentuh apabila melihat gambar yang dihasilkan ? Jika mata hati dan mata kasar bersatu ketika mana gambar dicipta, saya yakin gambar berkenaan ada ceritanya dan pasti tersentuh melihatnya. Bukan sahaja pemain watak di dalam gambar malah yang tidak mengenalinya juga akan tersentuh dan memahami ceritanya. Susah untuk mencuri hati. Susah juga nak membuatkan mati hati dan mata kasar bersatu melainkan keikhlasan.

Bilamana kita melihat di dalam sesuatu gambar ada yang ketawa, tidak semestinya kita akan tersenyum atau turut tertawa. Jika saya berjaya membuat pemain watak di dalam gambar ketawa melihat gambar berkenaan, saya rasa saya berjaya. Saya puas hati. Tapi saya akan lebih berpuas hati jika org lain turut tesenyum atau ketawa melihatnya atau tercari2 kenapa mereka ketawa.

Itulah objektif dan cubaan saya setiap kali keluar mengambil gambar. Saya mahu mata hati dan mata kasar bersatu untuk menghasilkan gambar yang bercerita dan bercinta. Saya akan terus cuba selagi diberi peluang kerana saya tahu dalam mengambil gambar tiada peluang kedua.

Gambar hiasan:

menanti

Gambar pemandangan di luar tingkap rumah yang akan saya tinggalkan beberapa bulan lagi. Tak pernah saya up gambar pemandangan. Ni 1st time.

tasik

Oleh:
Syafirol Hafiz Arsad
Jurugambar
‘[O]piiownphotography
019 283 4356
piiown@gmail.com


Pertunangan Siti

February 11, 2009

say haihiaskan dirii'm readycincinnyabunga yg bakal disuntingtanda ikatantersenyum girangbakal bersatu
Majlis Pertunangan Siti

Cik Siti jangan risau, rahsia anda selamat. :) . Siti dan ahli keluarga cukup ceria. Keluarga kecil tapi besar. Macam mana tu ya. Terkejut juga pada mulanya bila nampak khemah dan org yang ramai. Majlis kahwin ka ni… :) bukan saya ja yg terkejut, bakal mak mertua pun terkejut. Rupanya diselangi dengan majlis tahlil dan arwah. Tahniah siti dan bakal suami. Pengantin ? :)

—————————————–

Captured by ‘[O]Piiownphotography,

Art Direction, Lighting and Photograph : Syafirol Hafiz Arsad
Location: Seremban Jaya, N9