Zura & Nik Dinikahkan

May 28, 2009

masukbicara debar nikahmenantiterima perkenan ayahandanikahkan dikauterima nikahnyasarung cincin di jaridijendelacerianya

Zura & Nik
Majlis Akad Nikah

Terfikir bagaimana bunyinya bila org Negeri berjumpa dengan org Kelate. X de yg pelik nya sebab semua berbahasa Melayu tidak berdialek negeri semasa upacara diadakan. :) . tahniah buat Zura dan Nik.  bila dah beranak cucu nanti jangan x ajar mereka dialek negeri ya. Zura ni x lekang dengan senyuman. Pemurah ni.

Captured by ‘[O]piiownphotography,

Art Direction, Lighting and Photograph : Syafirol Hafiz Arsad
2nd OP  : Fazli
Location : Paroi, Negeri Sembilan


Hasil Kerja Semalam

May 24, 2009

zura

Apa yang menariknya hasil kerjaku samalam. Zura adalah pengapit kepada Tina yang pernah mengupah aku selaku tukang gambarnya. Semalam aku bekerja selaku tukang gambar Zura pulak. Itu bunyinya x dak lah menarik sgt. Apa yg menarik yang dimaksudkan adalah editing yang aku buat untuk gambar di atas dan beberapa gambar lain. Aku cuba menerapkan beberapa elemen yang aku x pernah buat untuk album2 lain. Aku cuba beberapa tona warna klasik dan antik. Aku cuba mengubah mood gambar yg asalnya nampak panas. Percubaan ini hanya untuk dipaparkan di blog ni sahaja. Kalau ada permintaan, aku akan cuba tunaikan.

Gambar :
Majlis Akad Nikah Zura dan Nik
Seremban

Oleh :  Syafirol Hafiz Arsad


Nafas Baru

May 22, 2009

nafas baru

Dari hari ke hari berfikir. Dari nafas ke nafas. Aku perlukan idea dan cara berfikir yang lebih baik dan baru. Aku akan beri sesuatu yang lain dalam setiap pembikinan cerita ttg sepasang kekasih yg diijab kabul menjadi sepasang atau satu kasih baru. Kepada yang akan menjadi salah satu pasangan yang akan dibikin cerita utk dimuat ke dalam album yang sekali seumur hidup dicipta. Sama2 lah kita jadikan cerita bergambar itu sesuatu yang paling terbaik. InsyaAllah.

- Syafirol Hafiz Arsad


Majlis Pertunangan Melissa & Alif

May 20, 2009

make up hias kasih ibudiikat tanda tunanganeh tunang kucermin kasihupss

Majlis Pertunangan Melissa dan Alif

Tahniah Melly dan Alif. Semoga kalian disatukan di pelamin yang penuh dengan strawbery nanti. :) Lupa nak petik strawbery sebiji dua hari tu. Alif, jaga bunga sekuntum ini baik2. Baja kat Cameron Highland bagus2. Cukup matang nak bawa bunga ni ke Cameron Highland plak kan. :) .

Captured by ‘[O]piiownphotography,

Art Direction, Lighting and Photograph : Syafirol Hafiz Arsad
2nd OP  : Fazli
Location: Kota Damansara


Sejenak Berfikir

May 17, 2009

nafas

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

Lirik Dengan NafasMu – Ungu

Aku sendiri x faham bagaimana lirik sebegini dihasilkan. Pertama kali aku dengar aku terus tersangkut. Bukan sahaja liriknya tapi yang melagukannya pun aku kagum. Kalau sempat hayatilah lagu ni.

Gambar di atas aku ambil semasa singgah solat di masjid bandar baru bangi. Mula aku langkah masuk ke masjid ja terus aku kagum dengan suasana di dalam masjid waktu itu. Terus aku keluarkan handphone dan snap.

Gambar oleh :
Syafirol Hafiz Arsad
independant photographer