June 20, 2009

Selamat hari bapa..
Abah aku seorang bekas Che’gu. Che’gu dulu dan cikgu sekarang amat berbeza.
Ikhlas dan jujurnya mereka bekerja kita dapat lihat dari sanjungan masyarakat di sekeliling mereka.
Aku x pandai menunjukkan rasa kasih dan sayang tapi aku amat kasih dan sayang pada abah aku.
Hanya tuhan yang tahu.
Semoga abah sihat dan dilimpahi hidayah serta bahagia.
* Gambar di atas aku snap dari koleksi album lama mak aku. mungkin masa tu kekasih hati mak aku.
- Syafirol Hafiz Arsad
6 Comments |
Tidak dikategorikan | Tagged: father's day |
Permalink
Posted by piiown
June 18, 2009







Sepetang di Bagan Lalang.
Balik dari kerja, aku sengaja ajak staf merangkap kawan aku singgah di Bagan Lalang. Bagan Lalang terletak lebih kurang 30km dari KLIA Sepang dan 13 km dari pekan Sepang. Satu kawasan pesisiran pantai yang dahulunya hanya diketahui penduduk setempat. Sekarang heboh tentang pembangunan Gold Coast ( projek Khir Toyo ). Bagi aku projek ini hanyalah satu pencerobohan.
Pemandangan di Bagan Lalang mmg menarik. Jemputlah ke sana. Tgk dan hayati sendiri.
Apapun. Setiap keindahan adalah datang dari Allah. Maha suci Allah.
Esok lusa aku akan ke sana lagi. InsyaAllah.
————————
Syafirol Hafiz Arsad
2 Comments |
Travel | Tagged: bagan lalang, gold coast bagan lalang, sepang |
Permalink
Posted by piiown
June 17, 2009






Sekali lagi ke Broga, Selangor. Dekat saja dengan rumah aku, Bangi Lama. Dalam 15 minit. Tujuan utama adalah menunjuk jalan dan mendaki satu bukit yang kami namakan Broga Hill atau bukit Broga. Tanya tuan tanah di sekitar situ ada yang panggil bukit tu bukit botak. Ada juga yang panggil bukit lalang. Tuan tanahnya tidak dapat dikenal pasti.Jalan untuk naik ke bukit ni berhadapan dengan Ladang Arnab Broga atau di batu tanda 1bt mau ke Broga.
Sejak 2 menjak ni, Bukit ni semakin ramai pengunjungnya. Dari awal pagi dah ramai org mula mendaki untuk bersenam. Jogging gitu-gitu. Ada yang mendaki semata2 untuk bergambar. Di sebelah petang ramai juga mendaki untuk bersenam sambil menikmati panorama indah ’sunset’. Sampai naik hairan pemilik2 kebun dan dusun di situ. Pernah sorang pemilik kebun di situ berhenti bertanyakan pada aku, “Dik, apa org buat ramai2 naik bukit ni. Sejak 2 menjak ni makin ramai ja. Kutip tol banyak gak dapat nih”. Aku tersenyum ja dengar dia tanya aku. Aku jawap, “Tengok lalang bang. Tgk bukit bukau dari atas sana. Cantik.” Brader tu pun senyum. Ish lalang pun cantik.
Dalam ramai2 org yang datang, kebanyakannya bangsa cina. Orang putih pun ada. Ada yang datang dari Johor, Penang, Kl. Mereka ni mungkin lebih peka dengan kecantikan alam semulajadi la aku rasa.
Apapun. Setiap keindahan adalah datang dari Allah. Maha suci Allah.
Esok lusa aku akan ke sana lagi. InsyaAllah.
————————
Syafirol Hafiz Arsad
5 Comments |
Outing | Tagged: broga, broga hill |
Permalink
Posted by piiown
June 10, 2009

Aku hanya ada masa beberapa minit untuk setup dan amik gambar pasangan ni. Memandangkan sudah hampir Maghrib dan tukang makeup kata “You all ada masa 15 minit ja ya”.. aku rasa aku gagal dalam menghasilkan pencahayaan yang baik. Semasa shoot gambar ni aku berada di seberang kolam yg luasnya dalam 50m. Aku hanya sempat shoot 6-8 shoots ja. Apapun China Made Radio Trigger aku berfungsi dengan baik. Sesiapa yg nak belajar2 main lampu denyar jarak2 jauh ni boleh la beli benda murah ni. Cuma jangan jatuhkan.
Syafirol Hafiz Arsad
4 Comments |
Perkahwinan | Tagged: cls, lampu denyar, wedding outdoor potraiture |
Permalink
Posted by piiown