Beralih arah ke piiown.com

July 23, 2009

Lepas ni saya akan kurang update di blog ni. Saya beralih ke blog baru dengan hosting dan domain sendiri.Hijrah utk kebaikan dan kemajuan.  WordPress yang version free ni x boleh letak slideshow, tak boleh up gambar size besar dan agak terbatas penggunaannya. Jadi saya beralih arah ke hosting sendiri.

Sedara-sedari boleh terus ke link :

http://www.piiown.com

Saya masih mengekalkan blog ini untuk rujukan gambar2 yang pernah saya up.

Gambar2 di bawah sekadar hiasan pembaharuan dari saya.

jitra5jitra1umbai2


Resepsi Engku Puteri Suraya & Ahmad Faizar

July 7, 2009

View slideshow at www.piiown.com/blog

Majlis Resepsi Engku Puteri Suraya & Ahmad Faizar
Hotel Singgahsana PJ, Selangor

Jurugambar:
Syafirol Hafiz Arsad & Fazli
admin@piiown.com | 019 283 4356


Engku Puteri Suraya & Ahmad Faizar

July 2, 2009

IMG_5658IMG_5641IMG_5601IMG_5948IMG_5928IMG_5856IMG_5892IMG_5843IMG_5840IMG_5908

Majlis Akad Nikah Engku Puteri Suraya & Ahmad Faizar
Jalan Maarof, Bangsar KL

Majlis yang dilangsungkan secara sederhana tetapi meriah ini pasti akan meninggalkan kesan kepada semua yang hadir terutama pasangan yang dinikahkan. Terima kasih buat Sofia, Suraya dan keluarga atas layanan yang baik sekali. Inilah pertama kali saya lihat keluarga yg majmuk dan meriah.

Kali ni saya buat satu simple slide show utk paparan semua. Klik link di bawah :

http://www.blog.piiown.com

———————
Photographer :
Syafirol Hafiz Arsad
Fazli

admin@piiown.com
0192834356


Debar Aku Terima Nikah

June 25, 2009

akad

Aku nikahkan dikau sifolan dengan sifolan“, tok kadi.

Berdebar atau tidak. Duk dab duk dab. Kencang jantung bergetar. Bila tangan dah kena genggam dengan tok kadi, juru akad nikah atau bakal bapa mertua secara automatik rasa sejuk2 pasti ada.

Buat pulatok kadi tanya rukun nikah. Silap2 terjawap rukun iman. X pa lagi rukun iman kalau dijawap rukun negara. Mau satu kg gelak besar. Belum berlaku lagi sejarah ni sepanjang aku amik gambar. Kalau tersangkut menjawap tu biasala.

Tok kadi pun dah rock sekarang. X macam dulu lagi. Dia pun sehari ada dua tiga majlis malah berbelas pasangan yg nak dinikahkan. So dia pun pantas juga. Ada tok kadi tu aku pernah jumpa. Sampai2 ja rumah pengantin, terus ja start. “Okeh kita mula ya, saya pun nak cepat, ada lagi 5 majlis lg ni, ini pun dah yg ke 4, pengantin dah pi kursus kan so mesti dah faham semua, x yah saya tanya apa2. Okeh start. ” Lepas akad ja dia tanya saksi, “amacam saksi, cun ka, boleh. saksi kata cun. So kadi kata. Ok setle. Doa2.”

Kiri kanan atau 360 darjah penuh dengan mata2, lensa2, kamera, video kamera, handphone kecik besar. Bakal isteri menunggu kalimah keramat dengan x sabarnya. Sabarla ya tgh gabra tu. Untuk pengantin perempuan, duduk senyum2lah sipu-sipu. Sesekali usyar pandang kamera.

Aku tgk kebanyakan pengantin sekarang sekali jawab ja. Ekpress plak tu macam keretapi laju ja menyebut ungkapan terima nikahnya. Ada juga aku tanya, lajunya bang. Kenala laju bang, kalau slow2 nanti sangkut terus terdiam. Terpaksa plak mengulang. Aku jawap plak, kalau mengulang saya lagi suka pasal saya dapat byk shot lagi. Hehe.

Buat semua bakal menggenggam tangan kadi atau mertua. Saya ucapkan selamat dan be cool. Jangan risau semunya pasti selamat. Mulakan dengan kalimah Allah.

————————–
Syafirol Hafiz Arsad


Maryam dan biskutnya

June 21, 2009

Maryam, originally uploaded by piiown.

Available light + 1 white reflector ( dulang / talam )

Si comel maryam ni mmg suka sgt makan biskut kering. Jimat belanja. Brand kegemaran Hup Seng atau cap ping pong.

Berikut sedikit info dan setting ttg gambar :

Cahaya sebelah kanan maryam adalah cahaya matahari dari tingkap jam 10 pagi.

Cahaya sebelah kiri adalah pantulan cahaya ( – + 40 % ) dari cahaya sebelah kanan menggunakan dulang putih.

Setting :

AV Mode
Aperture F2.5
Exposure 1/400s
ISO 200
Canon EOS 40D

———————————
Syafirol Hafiz Arsad


Abah

June 20, 2009

abah

Selamat hari bapa..

Abah aku seorang bekas Che’gu. Che’gu dulu dan cikgu sekarang amat berbeza.
Ikhlas dan jujurnya mereka bekerja kita dapat lihat dari sanjungan masyarakat di sekeliling mereka.

Aku x pandai menunjukkan rasa kasih dan sayang tapi aku amat kasih dan sayang pada abah aku.
Hanya tuhan yang tahu.
Semoga abah  sihat dan dilimpahi hidayah serta bahagia.

* Gambar di atas aku snap dari koleksi album lama mak aku. mungkin masa tu kekasih hati mak aku.

– Syafirol Hafiz Arsad


Sepetang di Bagan Lalang

June 18, 2009

bagan lalangbagan lalang di nodamencari rezekipantaigold coastpencerobohanbayang

Sepetang di Bagan Lalang.

Balik dari kerja, aku sengaja ajak staf merangkap kawan aku singgah di Bagan Lalang. Bagan Lalang terletak lebih kurang 30km dari KLIA Sepang dan 13 km dari pekan Sepang. Satu kawasan pesisiran pantai yang dahulunya hanya diketahui penduduk setempat. Sekarang heboh tentang pembangunan Gold Coast ( projek Khir Toyo ). Bagi aku projek ini hanyalah satu pencerobohan.

Pemandangan di Bagan Lalang mmg menarik. Jemputlah ke sana. Tgk dan hayati sendiri.

Apapun. Setiap keindahan adalah datang dari Allah. Maha suci Allah.

Esok lusa aku akan ke sana lagi. InsyaAllah.

————————
Syafirol Hafiz Arsad