Persiapan Sagaf

August 20, 2008

17082008 : AmpanG : Persiapan dan Penantian Pengantin Lelaki

Pengisian penantian, Sagaf diminta berlakon.. Dia memang pandai berlakon..

Bila pahlawan bertarung dalam permainan congkak.. apa gayanya ? Hehe 🙂 Dan lyang terakhir sekali di bawah, bila sagaf minta untuk menggunakan handphone sebagai penambah rasa.. antara game di handphone dan congkak dihujung sana.. yg mana pilihan hati..

Foto diambil di kejiranan Taman Putra, Ampang.. rumah jiran pengantin perempuan yang aku sendiri x bertanyakan namanya. terima kasih tuan rumah.

Tag bersama Adiman http://happypictures.fotopages.com

Thanks.


Berandam

August 20, 2008

Bermulanya kisah make up / berandam dari istiadat Melayu.

Istiadat Menghias Pengantin/ Berandam

Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak andam. Tiada ketetapan tertentu untuk menempah mak andam jika seseorang itu memerlukannya. Pada umumnya tujuan utama mak andam dipanggil ialah untuk menghias pengantin iaitu pengantin perempuan, disamping mengendalikan agar majlis persandingan berjalan dengan baik. Sesetengah mak andam boleh mengubati atau memulihkan pengantin perempuan sekiranya jatuh sakit atau tidak sedarkan diri. Keadaan ini mungkin disebabkan akibat terlalu penat, terkena buatan orang dan sebagainya.

Kebiasaannya tugas mak andam bermula sehari sebelum hari persandingan diadakan. Keperluan yang disediakan termasuklah kain putih, limau purut (bilangannya tidak ditentukan, biasanya berangka ganjil), bertih, pisau cukur, gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh jenis dan beberapa bahan keperluan lain. Upacara ini akan dilakukan ditempat yang terasing dari orang ramai seperti di bilik. Orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali orang tertentu atas sebab-sebab khusus sahaja.

Upacara dimulakan apabila mak andam, meletakkan kain putih dibahu pengantin perempuan yang diselubungkan diseluruh badan. Sirih yang telah dijampi diberikan kepada pengantin perempuan untuk dikunyah dan diasap dengan kemenyan bersama iringan jampi.

Bunga yang tersedia diasapkan dan dijampi, kemudian dipusingkan dikeliling pengantin serta disapukan ke muka dan badan. Semua upacara ini dilakukan bertujuan untuk menaikkan seri muka pengantin. Setelah itu tepung tawar direnjiskan dikeliling pengantin diikuti menabur bertih dan beras kunyit ke atas pengantin untuk mengelakkan gangguan makhluk asing yang mungkin akan menganggunya.

Peringkat kedua ialah istiadat bercukur. Sebelum memulakannya mak andam membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti.

Tugas mak andam seterusnya mencukur anak rambut dan bulu roma dimuka dan bahagian lain seperti dileher dan ditangan sebelum dibentuk alis. Segala pekerjaan dilakukan dengan penuh hati-hati. Ia dimulai dengan doa dan jampi mantera yang menjadikan muka pengantin berseri-seri.

Upacara berandam terakhir ialah istiadat berlangir, iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan dicukur. Kemudian diikuti istiadat mandi berlimau dan dicampur bunga tujuh jenis. Istiadat ini bertujuan sebagai upacara membuang sial pada badan dan menjauhkan segala bala yang akan menimpa sepanjang majlis perkahwinan yang akan dijalankan

info dipetik dari :

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/s_noraishah.html